Cinta Tanpa Status( HTS)

HTS...Singkatan ini mungkin tidak popular lagi namun ianya bknlah 1 yg baru.rmai yg sebenaryea pernah melalui pengalaman hts ini iaitu HUBUNGAN TANPA STATUS (sene kato Teman Tp Mesra") Termasuklah dri aku sndri..Yg mahu penjelasan,sekarang ini aku x thu aku ni sapa pada DIA..(sdey siot) Berkawan bagaikan orang brcinta.Mana2 pergi brsama dan saling mengambil berat antara 1 sama lain. Namun Perhubungan tidak pernah jelas bercinta atau hanya TEMAN TP MESRA..Perlu diingatkan, di mana2 status itu prlu termasuklah hubungan percintaan. Cuma mungkin ada yg mengabaikan perkara ini kerana merasakan sudah rasa selesa antara 1 sama lain biarpn tanpa sebarang penjelasan tentang hubungan yg terjalin. Oleh itu, Jika korang sedang terjebak dlm hubungan CINTA TANPA STATUS ini,korang kne la pndai2 aturkan sretegik nak wat guano..(trmasukla aku n..)

PUNCA TERJADINYA HTS

Terjadinya Hubungan Tanpa Status ini kearna ada pihak pihak yg x bertanggungjawab atas tindakan nya, Ego dan tidak mahu memenuhi keinginan pasangan. Disamping Itu, Perbezaaan pandangan serta keinginan antara perempuan dan lelaki juga sering menjadi tunggak perbezaan terutama sekali pandangan dalam melihat komitmen.Perempuan memerlukan komitmen weiii!! Mereka merasakan bahawa hubungan perlu dinyatakan secara verbal agar perempuan punya jaminan yg kuat sebelum menyerahkan jiwa dan raganya kepada lelaki. Sedangkan lelaki lebih fokus pd tingkah laku perempuan dan bukti yg jelas menunjukan dirinya benar2 dihargai.

MENGAPA PEREMPUAN PERLUKAN KEPASTIAN

Antara lelaki dan perempuan kebiasaanya perempuan akan lebih mendesak untuk mendapatkan kepastian (Mace aku la,nak thu jgok lagu mano pong!) Sedangkan lelaki lebih suka mengambil sikap bersahaja ataupun tuggu dan lihat sahaja. Namun perempuan tidak boleh disalahkan kalau mndesak kerana mereka punya jawapan yang tersendiri kenapa harus bersikap demikian.

Pertama:Sememangnya status yang tergantung seperti ini merugikan pihak perempuan. Sudah pasti perempuan tidak mahu lelaki yg dicintainya tiba2 angkat kaki dengan alasan si dia telah menemui permpuan yang lebih sempurna. Mahu menyalahkan si lelaki sudah tentunya tidak boleh kerana sememangnya hubungan yg terjalin tidak pernah punya sbarang komitmen. Perkara inilah yg menakutkan kepada semua perempuan (aku pong takot jgok)..

Kedua:Pandangan dn penilaian orang juga menjadikan perempuan begitu rungsing. Misalnya apabila lelaki dekat dengan ramai permpuan lelaki tersebut dianggap hebat serta popular sementara apabila perempuan rapat degan lelaki diangap "PIALA BERGILIR" ataupun dpanggil PEREMPUAN MURAHAN. Akhirnya kerana reaksi negatif inilah yg membuatkan perempuan perlukan kepastian agar x boleh mengelakan drinya dari dilabel negatif

WAJIB ADA KEPASTIAN

jadi apa pun, kepastian atau komitmen perlu diucapkan. Bukan sahaja untuk mnjelaskan sesebuah perhubungan itu namun korang berdua juga akan lebih bebas untuk memberi penghargaan kepada diri dan pasangan. Selagi tidak ada kepastian selagi itulah apa yg kamu inginkan dan cari tidak dapat dipenuhi. Bukan itu shaja kamu juga akan sentiasa meragui antara 1 sama lain. Akibatnya dari cinta dipupuk tetapi berakhir dengan perpisahan. Kalau perpisahan sahaja tidak mengapa tetapi andai berakhir ngan 1 dendam yg tidak terluah itu psti akan bertambah parah. Oleh itu, Bagaimana cara untuk menyelesaikanya? Jawapan mudah iaitu KOMUNIKASI.

Apabila hubungan sudah begitu rapat tidak ada salahya jika kamu minta penjelasan soal hubungan kamu brdua. Namun harus diingatkan kamu mungkin kan menerima jawapan atau respon yg positif dan mungkin juga negatif. Sekiranya positif kamu selamat dan brsedialah untuk memasuki alam baru iaitu alam percintaan Namun sekiranya negatif jangan bersdih. Angaplah apa yg berlaku ada hikmahnya. Itu tandanya si dia masih belum bersedia untuk punya sebarang komitmen. jadi tunggu apa lagi! Kamu pasti tahu apa yg patut dilakukan bukan? Jangan menanti buah yg tidak akan jatuh. Bunga bukan sekuntum,Kumbang bukan seekor. Oleh itu, teruskan mencari dan percayalah kamu pasti akan menemui apa yg dicari selagi tidak berputus asa.


MEMBISU SERIBU BAHASA

Walaubagaimanapun, Sekiranya lelaki masih membisu seribu bahasa dan mengelak untuk memberi jawapan yg jelas. Cara untuk kamu cungkil apa yg ada dalam hatinya iaitu TINGKAH LAKUNYA HAH,kat bawah ni ado panduan hok pok sume buleh kelih(hehhehe)...



SI DIA 100% MAHUKAN KORANG JIKA
  1. Memberikan layanan yang begitu baik pada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara.mengambil dan menghantar kamu ke tempat kerja,mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu
  2. Setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk ucapkan selamat malam
  3. Tidak pernah malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat denganya dan andai ada sebarang majlis yang melibatkan teman2 kamu yang dipilih sebagai pasangannya.
  4. Si dia sentiasa menjaga hatimu yg paling takut apabila kamu merajuk. Pelbagai cara dilakukan untuk memujuk kamu.
  5. Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka.
  6. Bersedia untuk bertemu dengan org tuamu pada bila2 masa.

SI DIA 50/50 DENGAN KAMU

  1. Mengikut kemana sahaja kamu pergi tetapi apabila bertemu dengan orang yang dikenali cepat2 si dia cuba menjauhkan diri dari kamu.
  2. Apabila di menyakitkan hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu x memaafkannya atau msih lagi marah si dia akan buat tdak tahu dan menunggu kamu datang adanya terlebih dahulu.
  3. Masih berkira2 mengeluarkan wangnya untuk kamu,Kalau setakat belanja makan dan minum mungkin, mMasih boleh dipertimbangkan lagi tetapi kalau untuk beli yang kamu suka seperti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup.
  4. Sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tidak menyatakan sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan buat kamu pula cemburu.
  5. Apabila kamu bertanyakan tantang perhubungan, si dia memberi jawapan"Sayang tetapi belum bersedia" ataupun "Berilah masa untuk berfikir" Jadi kamu masih punya harapan

SI DIA ANGGAP KAMU TEMAN BIASA JIKA
  1. Tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman temannya banyak berkomunikasi melalui SMS dam chating di internet.
  2. Si dia tdak pernah mengambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa si dia cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak penah mahu berkongsi apa yang kamu alami.
  3. Setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu.
  4. Dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya,Sedangkan si dia tidak sebaliknya

jadi fikir-fikirkanlah!!!!
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, Dua2 tangan untuk memegang,Dua telinga untuk mendengar dan Dua mata untuk melihat,Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati untuk kita? Kerana Tuhan telah mmberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.ITULAH CINTA......

0 comments:

Post a Comment