Doa Cinta

Tuhan,

Aku berdoa untuk seseorang yang akan menjadi bahagian dari hidupku disepanjang masa hidupku. Ya Tuhan, Berilah aku seorang pasangan hidup yang sungguh mencintaiMu lebih daripada segala sesuatu. Bahkan lebih dari diriku. Seorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukmu dan sesama. Biarlah, Pasanganku itu mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup. Sehingga hidupnya terarah. Tuhan, Aku merindukan seorang pasangan yang mencintaiku, Bukan kerana masalah fizik tetapi kerana hatinya,berilah aku pasangan yang berhati bijak bukan hanya sekadar cerdas secara intelektual.

Tuhan,

Aku sungguh mengginginkan pasangan yang dapat menjadi sahabat setiap kali keadaan seorang yang dapat membuatku merasa sebagai peribadi yang berharga ketika berada didekatnya. Biarlah dia bersedia menghargai serta menasihati ketika aku membutuhkanya. Aku pun sedia mendukungnya di waktu2 yang tersulit dalam hidupnya.

Tuhan,


Aku tidak meminta seorang pasangan yang sempurna kerana aku rindu membuat hidupnya menjadi sempurna oleh kerana kehadiranku disisinya. Aku mahu menjadi rakan doa disepanjang umur hidupnya memberi senyuman ketika kami terbangun di pagi yang baru merangkul untuk meneguhkan hatinya yang ragu.

Diatas segalanya, Ya Tuhan....

Berilah aku hati yang sungguh mencintaiMu, Sehingga aku dapat mencintainya dengan cintamu yang sempurna. Bukan dengan cintaku yang dapat pudar oleh waktu. Berikan aku roh yang lemah lembut sehingga peribadiku dapat membawanya lebih dekat denganmu. Inilah, Kerinduanku yang aku terus aku panjatkan sampai aku mendapatkanya pasangan hidupku yang terbaik yang hanya dirimu Tuhan.

Amin Rabbal Alamin....

0 comments:

Post a Comment